Suara Borneo Yang Semakin Lantang di Pentas Nasional
Politik di Sabah telah lama menjadi pentas yang penuh warna, drama dan keunikan tersendiri. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, suara rakyat Sabah tidak lagi sekadar bergema di dalam negeri, tetapi juga mula mendapat perhatian nasional. Apa yang sedang berlaku? Dan ke mana hala tuju politik Sabah selepas ini?
Landskap Politik Yang Semakin Aktif
Sabah dahulu dikenali sebagai “simpanan tetap” parti-parti besar. Namun sejak PRU-14 dan PRN Sabah 2020, pola politik berubah drastik:
- Perubahan kerajaan berlaku lebih daripada sekali dalam satu penggal
- Kebangkitan parti-parti tempatan seperti WARISAN, KDM, GAGASAN RAKYAT SABAH.
- Rakyat semakin celik politik, terutama generasi muda.
Realitinya, politik Sabah tidak lagi statik. Ia kini dinamik, hidup dan kadangkala mengejutkan.
Isu-Isu Penting Yang Mewarnai Politik Sabah
Antara isu yang terus menjadi perhatian rakyat:
1. MA63 & Autonomi Negeri
Rakyat Sabah semakin lantang menuntut agar janji-janji dalam Perjanjian Malaysia 1963 dihormati terutamanya hak hasil negeri dan autonomi pendidikan dan kesihatan.
2. Pembangunan Tidak Seimbang
Isu infrastruktur, kemiskinan luar bandar dan akses asas seperti air dan elektrik masih membelenggu majoriti kawasan pedalaman.
3. Fenomena Lompat Parti
Kestabilan politik sering digugat oleh wakil rakyat yang bertukar-tukar parti. Rakyat semakin bosan dan skeptikal terhadap wakil yang tidak konsisten dengan mandat asal.
Kebangkitan Suara Rakyat
Rakyat Savah kini bukan lagi penonton senyap. Suara mereka makin lantang di:
- Media sosial
- Forum rakyat
- Saluran rasmi seperti NGO dan sidang DUN
Harapan Masa Depan
Sabah berpotensi menjadi contoh reformasi politik Malaysia jika pemimpin dan rakyat terus memainkan peranan. Antara harapan rakyat:
- Wakil rakyat yang setia dan berkhidmat kepada rakyat
- Dasar pembangunan yang adil untuk kawasan luar bandar
- Kembalinya keyakinan terhadap sistem demokrasi negeri
Politiksabah.com diwujudkan untuk menjadi platform bebas yang menyuarakan isu, membongkar fakta dan memberi analisis dari kaca mata rakyat Sabah. Ini bukan sekadar blog tetapi ini adalah suara Borneo untuk Malaysia.